Blog EntryJanji Allah kepada orang berimanOct 18, '07 2:06 AM
for everyone

Janji Allah kepada orang beriman


SESUNGGUHNYA Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa raga dan harta berada mereka dengan bayaran bahawa mereka akan memperolehi syurga - mereka membunuh dan terbunuh . Itulah janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual beli yang telah lama kamu lakukan. (at-Taubah: 111)

HURAIAN

Kemasukan seseorang dalam agama Islam merupakan suatu urusniaga di antara dua pihak, di mana Allah s.w.t., bertindak sebagai pembeli dan orang yang beriman sebagai penjual. Ini merupakan suatu urusniaga dengan Allah s.w.t., di mana seorang Mukmin berjanji tidak akan menyimpan sesuatu apa-apa pun dari jiwa raganya dan harta bendanya untuk dikorbankan kerana Allah s.w.t. dan kerana jihad fi sabilillah supaya kedudukan kalimatullah berada di tempat yang tertinggi dan dengan seluruh ketaatan itu tertentu kepada Allah s.w.t. sahaja.

Di dalam urusniaga ini seseorang Mukmin menjual jiwa raganya dan harta bendanya kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu bayaran tertentu iaitu syurga dan bayaran ini sama sekali tidak ada bandingannya dengan nilai barangan yang dijual, malah bayaran ini merupakan sesuatu limpah kurnia yang besar daripada Allah s.w.t..

KESIMPULAN

Sebagai seorang Muslim perlulah mengikuti tatacara hubungan di antara seorang Muslim dengan tuhannya bagi mencapai kesempurnaan hidup begitu juga hubungan sesama Muslim agar sentiasa aman dan damai dan dirahmati Allah.



Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help